Festival Pembangunan Usahawan (Zon Selatan) PDF Print E-mail
Written by admin   
Wednesday, 06 January 2010 09:06

Salam Sejahtera,

YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dihormati.

Kami ingin menjemput ahli-ahli DPMMKL untuk menyertai Festival Pembangunan Usahawan (Zon Selatan) di Muar,Johor.Festival ini adalah anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang mana ianya akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Festival ini merupakan siri pertama program anjuran DPMM pusat bersama DPMM Negeri-Negeri dengan kerjasama bank-bank perdagangan,agensi-agensi pembiayaan mikro dan egensi-agensi pembangunan IKS.Sehubungan dengan
itu,DPMM mempelawa ahli-ahli dan usahawan yang berminat untuk menyertai acara-acara berikut:-

1.Pameran /Jualan produk IKS (tarikh akhir penyertaan 21hb Disember 2009)
Tarikh : 8-10hb Januari 2010 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 8.00 malam
Tempat : Dewan Jubli Intan, Muar, Johor.
Lampiran : Sila baca attachment.

2.Seminar Pembangunan Usahawan (tarikh akhir penyertaan 23hb Disember 2009)
Tarikh : 10hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Banquete, Hotel Pelangi, Muar, Johor.
Yuran : RM50.00 (termasuk dokumen seminar dan makan tengahari)
Lampiran : Sila baca attachment.

Peserta yang berhasrat menyertai pameran atau seminar dikehendaki mendaftarkan nama dengan menggunakan borang yang dilampirkan serta mengembalikannya kepada urusetia festival ditalian fax 03-2096 2533/ 2095 1314 sebelum tarikh tutup penyertaan.


Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan festival ini,sila hubungi Pn.Sharifah/En.Fuaad/Pn.Norhayati/Pn.Norzarina/Cik Nor Paridah/Cik Adilla/Pn.Nurhani atau Cik Nur Hidayah ditalian 03-2096 2233 /1011.

Sekian, terima kasih.
Harap Maklum.

Download Borang Booth
Download Borang Seminar
Download Aturcara

Last Updated on Wednesday, 06 January 2010 09:15