Jemputan Program Pemadanan Perniagaan Oleh Misi Perdagangan Turki ke Malaysia PDF Print E-mail
Written by admin   
Friday, 22 January 2010 09:10

Salam Sejahtera,

YBhg Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Dimaklumkan bahawa pihak DPMM WP Putrajaya akan mengadakan Program Pemadanan Perniagaan Oleh Misi Perdagangan Turki ke Malaysia. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memanjangkan jemputan program ini
kepada ahli-ahli DPMM KL yang berminat untuk turut serta dimana kujungan pihak delegasi ini akan mengadakan satu sesi pemadanan perniagaan (Bussiness Matching) bagi mencari rakan kongsi dikalangan peniaga-peniaga
di Malaysia seperti berikut:-

Tarikh : 25hb Januari 2010
Tempat : Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang (Bussiness Matching Session)
8.00 malam - 11.00 malam (Gala Dinner)

Fokus utama mereka adalah produk-produk seperti berikut:-

Tepung gandum,pasta,kekacang,glukosa,minyak masak,buah zaitun & minyak zaitun,manis-manisan,buah-buahan segar & sayur-sayuran.

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat lengkap berkenaan sesi pemadanan perniagaan ini.
Sila maklumkan pengesahan penyertaan kepada urusetia DPMM WP Putrajaya iaitu En.Mohamad Zaidi dengan faxkan borang pendaftaran ke 03-88811552 , Tel: 03-88811553.

Kerjasama dan penyertaan YBhg Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan amatlah di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

BERJASA, BERJAYA BANGSA
MENGIRINGI MELAYU KE MERCU KEJAYAAN

Masnurah Mohamed
Pegawai Donmestik Desk
DPMM Kuala Lumpur

Download Borang "Turkish Trade Delegation and Bussiness Matching"

Last Updated on Friday, 22 January 2010 09:19